::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, February 11, 2016

Percubaan

Sepantasnya teknologi sekrang, semuanya dihujung jari
Saya cuba untuk post entry ini sepantas mungkin menggunakan gadjet pintar terpantas



sediakan roti
sapukan butter
tekan dibahagian tengahnya  sehingga membentuk lubang segi empat
dasari dengan keju hirisan
pecahkan telur ke dalam lubang
taburkan lada hitam dan garam
bakar selama 5 minit dalam ketuhar yang siap dipanaskan

walla!

Friday, January 29, 2016

Siaran tergendala

Assalamualaikum

3 tahun tidak bersiaran

percaya atau tidak, kekok rupanya untuk bermula.
operasi mngemaskan sawang sahaja mengambil masa 2 jam
itu belum kira terkial-kial mencari butang yang harus diklik
banyak lagi yang perlu dibersihkan di sini

antaranya
list blogger
ramai yang sudah tiada
sudah privatekan blog
sudah lama tidak menulis - ini mengikut jejak langkah saya lah nih

paling akhir pun kebanyakannya menulis pada tahun 2012
4 tahun yang lalu

nampak sangat dalam masa 4 tahun ini teknologi berubah sederas air
laju sangat
ada yang tidak berapa releven
ada yang sudah tidak berapa sesuai
ada yang langsung tidak boleh dipakai

apa-apapun itu semua kenangan

masa bergerak terlampau laju sekarang
jadi saya juga harus taip laju-laju

just a quick update
*we are now back to our hometown
dah balik ke pangkal jalan
Malaysiaku tercinta tanahairku

*i am now mother of two
alhamdulillah, Ameerah Nuha Al-Khair sudahpun 3 tahun
Muhammad Al-Khair 6 bulan

*currently still domestic engineer
hari-hari menghadap rutin di dalam rumah
masih belum keluar bekerja di luar
segalanya berkisar perihal domestic

*people come and go
atuk left us on jan 2012
abah left us on sept  2013
my ilanursalina left us on nov 2013
my uncle left us feb 2014

thats all for now,
till we meet again
hopefully not another 3 years

Monday, February 25, 2013

bersyukurlah

berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan

Allah menyuruh kita berdoa nescaya akan dia perkenankan. sebagai manusia yang diciptakan dengan sifat tergesa-gesa, kita seringkali tidak sabar apabila doa yang kita pohonkan belum termakbul. kita tahu, mungkin Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan, kita juga tahu Allah merancang perkara yang lebih baik dari yang kita minta, malah kita sangat tahu bahawasanya ilmu Allah tidak setanding ilmu kita malah jauh dari apa yang pernah kita sangkakan. tetapi kenapa masih juga rasa putus asa dengan doa? 

Nabi SAW mengajar doa yang terbaik iaitu memohon kebaikan di dunia juga memohon kebaikan di akhirat, juga terselamat dari siksa neraka. yang terbaik itu hanya dalam genggaman Allah sahaja. tetapi tiada salahnya untuk kita berdoa lebih spesifik atas sesuatu yang kita hajat. saya petik dari doa yang dinukilkan oleh Mufti Ismail Menk,


saya kira doa ini sungguh cantik. didoakan semoga yang belum berkahwin bertemu jodoh yang menyejukkan mata. untuk yang sudah berkhawin, semoga berbahagia dalam mawaddah dan sakinah. kepada yang belum dikurniakan zuriat, semoga dikurniakan cahayamata pelengkap keluarga. hendaknya semoga anak-anak itu nanti mampu dibesarkan dengan kehidupan yang baik dan mereka dikurniakan kebaikan di dunia juga kebaikan di akhirat, InsyaAllah. Ameen.

usaha kita dikuatkan dengan doa. apa sahaja yang telah dikurnia tidak membuatkan kita leka dan lupa untuk bersyukur. konsep syukur dan doa adalah sebuah ikatan rohani dan kepercayaan yang hanya dimiliki orang beriman. tidak menafikan sifat manusia yang sering tergesa-gesa dan mudah putus asa, mudah menyerah kalah atau menyalahkan takdir apabila yang diminta tidak kunjung tiba. pokok pangkalnya tugas kita hanyalah untuk berdoa, harap dan minta.sepenuh pengharapan itu hanyalah pergantungan yang kuat kepada Allah Taala.

syukur atas jodoh perkahwinan selama 5 tahun walau masih belum dikurnia cahayamata pelengkap rumahtangga. hari-hari yang berlalu dimanfaatkan dengan mengecap segenap bahagia hidup berdua. mengenali hati budi insan yang tiba-tiba menghuni kotak cinta hati. menyelami naluri seorang suami dalam melayari tanggungjawab sebagai seorang isteri. belum pernah menyesali kehidupan rumahtangga tanpa tangisan seorang bayi. malah lebih bersyukur dapat mengabdi diri sebagai seorang isteri dalam mencari redha Ilahi. bukan menafikan kehendak memiliki cahayamata, namun kuat dan percaya atas apa yang Allah telah takdirkan dan aturkan sebagai terbaik buat hambanya. dalam sujud aku meminta, dalam jaga juga dalam lena aku berharap. semoga Allah tentukan yang terbaik untuk bahtera rumah tanga yang dilayari ini.

syukur pengalaman yang dilalui selama ini tidak seperit sahabat-sahabat senasib yang lainnya. saya tetap tabah dan tegar menghadapi hari-hari yang berlalu tanpa ada usikan atau teguran sinis masyarakat sekeliling. masyarakat yang tidak memahami konsep takdir dan konsep rezeki. bukankah segalanya di tangan Allah? tegasnya kita hanya mampu berusaha dan berdoa selebihnya serahkan pada yang Esa. syukur saya menetap dalam suasana harmoni yang tidak mengguris perasaan. baik dari keluarga terdekat mahupun keluarga yang jauh, sahabat rapat atau cuma teman biasa tiada sesiapa yang membuatkan saya terguris bertanyakan soalan yang jawapannnya hanya pada Allah. apakah hak kamu untuk menyatakan saya lebih suka berdua, apa hak kamu untuk berkata mengandunglah selagi usia muda dan jangan tunggu lama-lama. sedarkah atau tidak kamu sepertinya menjadi pengaturcara hidup saya?. cukuplah hanya Allah yang mengatur hidup saya sekeluarga. bila ketikanya untuk dikurnia cahayamata dan sampai bila hidup kami indah berdua.

buat sekalian pembaca yang sering mengikuti celoteh saya di lembaran catatan ini, sila jangan ambil tulisan-tulisan saya sebagai sebuah kekecewaan seorang isteri yang masih belum dikurniakan rezeki cahayamata. sila jangan salah faham saya dalam duka lara mengangisi hidup berdua. jujurnya, saya sangat gembira dan saya sangat syukur begini. ini bukan sebuah penafian, ini adalah sebuah pengakuan. saya cukup bahagia dan saya sangat gembira. bagaimana ya mahu saya gambarkan betapa saya syukur diberi ruang dan peluang yang cukup panjang bergelar isteri sebelum bergelar ibu? betapa saya gembira dapat memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang hanya untuk suami? betapanya saya sangat enjoy hidup ibarat merpati dua sejoli dalam landasan cinta yang halal?. Alhamdulillah syukur ya Allah atas nikmat kurniaan yang tidak terhingga ini.

terima kasih kepada insan-insan yang memberi suasana harmoni dalam hidup saya. terima kasih atas segala doa. terima kasih atas setiap ingatan. hidup ini sungguh indah apabila kita bersyukur dengan apa yang ada. sesungguhnya, dalam syukur itu Allah akan tambahkan lagi nikmatnya kepadamu dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. dipendekkan kata, terima kasih atas doa semua.


ini gambar lama @ 20 weeks

now saya sudah di fasa terakhir kehamilan. sudah minggu ke 35. mohon doanya kawan-kawan. doakan kandungan ini sihat dan selamat hingga ke akhirnya. mohon doakan kesejahteraan saya dan keluarga. mohon semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah. dikesempatan yang lain, saya kongsikan perjalanan dan pengalaman mendapatkan my little khaliph, ya. terima kasih semua!

Tuesday, January 29, 2013

bertemu kembali

Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya

alhamdulillah, saya masih diberi peluang bernafas. berlalu sudah detik demi detik. dah masuk tahun baru 1434, di bulan jamadil awwal. 2013 juga sudah menjenguk diri melepasi bulan yang pertama.lama sudah tiada berita yang dikongsikan.


ala kulli hal, sepanjang tahun 2012 yang telah berlalu, pelbagai cerita pelbagai kisah dilalui. segalanya yang pahit dan yang manis, ditempuh dengan bantuan kemudahan dari Allah taala. sehingga entri ini ditulis saya masih lagi di bumi barakah untuk tahun yang ke empat. syukur Allah luaskan nikmatnya untuk saya terus menghirup udara nyaman tempat orang. ya, sekarang sedang winter. tetapi cuaca kadangkala tidak menentu. sekejap terlampau sejuk, kadangkala bertukar lagi sebaliknya.

bila di tahun ke empat ini, sudah ramai teman bersilih ganti. teman-teman yang mesra sudah ramai  pulang ke negara asal meneruskan kehidupan mereka. tidak selamanya kita kekal di tempat orang. bermulalah sesi suai kenal dengan teman-teman baru pula. itulah putaran roda kehidupan, ada yang datang ada yang pergi. jujur, genap 3 tahun di sini banyak perkara yang manjadikan saya lebih matang dan lebih berdikari. satu nikmat peluang dan ruang yang tidak dapat dijual beli.

syukur juga, awal tahun ini dan penghujung tahun lalu keluarga dari pihak saya dan suami berpeluang bertandang ke teratak kami ini. saya jadi sangat seronok dan terhibur. kediaman yang selalunya sunyi, buat seketika menjadi riuh dan ceria. alhamdulillah permulaan tahun yang indah buat saya dan soulmate. moga-moga untuk detik yang mendatang hari-hari yang dilalui semakin menceriakan, InsyaAllah.

Wednesday, October 10, 2012

Alhamdulillah :)

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptkan keduanya melainkan dengan kebenaran. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Qs. Ad-Dukhan[44]: 38-39)



lama sungguh menyepi. diam tak diam, dah oktober dah kita. hampir berakhir 2012. tahun hijrah juga dah separuh zulkaedah. sebulan lagi nak tamat 1433. pantasnya, masa berlalu. sepantas sebulan lagi genap 3 tahun saya berada di bumi orang ini. dulunya sangat asing, kini tidak lagi.


kalau anda sudah ditakdirkan bermastautin di tempat orang, atau akan berhijrah tidak lama lagi, sedikit sebanyak pengalaman saya di sini mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda. ya, semua orang tidak sama keadaan dan pengalamannya, tapi sedikit sebanyak mungkin ada yang serupa.



pada awalnya di tempat orang, saya tidak berapa selesa. yelah tempat baru. paling ketaranya di sini kurang sikit aktiviti sosialnya. bukanlah nak kata saya nih jenis yang suka bersosial, kaki clubbing or ape takdelah sampai macam tu sekali. cuma kat sini boleh dikatakan pergerakan terbatas sedikit. sebab ke mana-mana tidak boleh sendiri. pengangkutan awam juga tidak berapa mesra masyarakat. sekalipun pergerakan kalau tak terbatas, tapi fahamlah baru sampai kan terasing di bumi orang. mana ada kenal sesiapa pun melainkan keluarga rakan sepejabat suami. alhamdulillah tempat soulmate kerja ada juga rakan segenara. bila sebut rakan senegara nih, bukanlah nak asabiah or just nak kawan ngan orang kita sahaja. but buat permualaan di tempat baru, harus jugak kita kena kenal rakan senegara sebabnya bila dengan rakan senegara nih walaupun tiada sebarang pertalian darah, tapi kita berkongsi tanah kehidupan yang sama. untuk permulaan, mengenali rakan senegara adalah sebuah rahmat.



kalau di tanahair kita, jiran sebelah rumah pun kadang kala ada yang tidak kenal atau tidak pernah bertegur sapa. sebabnya kita ada kerabat yang lain. kita ada ibu bapa, ada adik beradik dan saudara mara. terasing di bumi orang penting jugak untuk kita cipta hubungan saudara mara ini. seterusnya, perlu diingat sekalipun kita anggap rakan baru kita tuh macam saudara mara, tapi perlu ada batasnya juga. biasalah manusia, sampai satu tahap, akan ada juga perasaan mainan syaitan seperti hasad, dengki, iri hati, merajuk dan sebagainya. jadi berpada-padalah. kalau nak diberi garis panduan susah juga, sebab keadaan dan situasi semasa hanya kita yang mampu menilainya. pokok pangkalnya, berpada-pada. kata orang melayu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali kan..ha, ikutlah masing-masing ya.


pengalaman saya sendiri, hampir 3 tahun ini ramai sudah so called "saudara mara" yang dikenali di rantau ini.  pada permulaannya dulu, ada juga makan hati sana sini. akhirnya kata orang alah bisa tegal biasa kan. semua itu sudah lali menjadi rencah kehidupan. soulmate selalu menasihatkan saya, supaya berilah madu dengan semua orang sekalipun mereka sering membalas tuba dan racun kepada kita. contohi Rasulullah, sekalipun beliau dihina dan dicaci, beliau tetap juga mendoakan kebaikan buat musuhnya. MasyaAllah, memang sungguh sukar, tapi kita cuba lakukan sedaya mungkin.



seterusnya bila berada di tempat orang, janganlah berat punggung. bumi Allah ini luas untuk diterokai. sekalipun anda tercampak di gurun sahara dan padang pasir, nikmatilah keindahan itu. sesugguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu di muka bumi ini dengan sia-sia. kenapa perlu kita perlu perlecehkan ciptaan Allah hatta debuan pasir. ingatlah firman Allah ini,

“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan batil. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.” (Qs. Shaad[38]: 27)



kalaulah ada kita anggap ciptaan Allah itu adalah lekeh, maka istighfarlah. hanya yang kufur nikmat sahaja mendustakan ciptaan Allah yang maha berkuasa itiu. sebutlah MasyaAllah sebagai pujian atas keindahan ciptaan Allah. kalau berpeluang mengembara, terokailah tempat orang sepuasnya. bonus bagi saya, kami di sini masih berdua. mudah untuk bergerak ke mana sahaja semahunya. kebiasaannya, bila hujung minggu hidup kami pasti meriah dengan aktiviti luar rumah. segala maklumat di hujung jari. Alhamdulillah Allah kurniakan saya soulmate yang rajin dan suka menerokai benda baru. soulmate akan mencari maklumat tentang tempat menarik sekitar kawasan kami. mudah, setelah mendapat maklumat selengkapnya, in a blink eye, kami sudah bersedia memulakan pengembaraan. pengalaman melihat tempat orang saya kira tiada tandingannya. rugi sungguh rugi kalau anda ada peluang berada di tempat orang tapi hanya duduk menghadap televisyen dan komputer riba. zaman sekarang, budaya pijak tanah nih sudah sangat berkurangan. kebanyakan orang lebih gemar bercucuk tanam menggunakan tetikus komputer berbanding bercucuk tanam dengan cangkul dan penyodok. begitulah analoginya. bangun, bergerak dan terokailah khazanah alam. segalanya indah, ciptaan Allah. oh ya, jangan lupa ketik la gambar sekitar pemandangan menarik itu. mana tahu sekembalinya kita ke gagang nanti, pemandangan sebegitu yang kita akan rindui selamanya.




Alhamdulillah, hampir 3 tahun kami menetap di sini. penghujungnya semakin akan tiba. pada tahun pertama, saya tidak betah dan hanya rasa ingin pulang ke desa semula. tahun kedua sedikit sebanyak sudah ada yang selesa dari segi cuaca, bentuk muka bumi dan kehidupan sosialnya. tahun ketiga ini, saya seakan-akan tidak mahu melepaskan setiap detik yang berlalu di kediaman ini. bumi ini tidak lagi asing buat saya. segala-galanya membuatkan saya rasa bahagia. sungguh, saya rasa lebih selesa di sini, lebih gembira jujurnya. kehidupan di sini sangat mengajar saya erti hidup yang sebenar untuk tahun yang ke 30 ini. moga-moga ada detik-detik yang lebih bahagia bakal dirakam dalam kotak memori di sini. 

Allah, aku syukur atas pemberianMu. Kau pemilik seluruh alam. Hasbunallahu Wa nikmal Wakil...

eh, sibuk berceloteh, lupa pula nak kongsikan tentang gambar-gambar yang saya kongsikan ini. ini adalah taman rekreasi. saya suka lanskapnya. menarik pandangan mata. kebanyakan taman rekreasi di sini mercu tandanya adalah tangki air. mungkin juga kerana di sini adalah kawasan yang kering, jadi tangki air adalah sebuah mercu tanda istimewa. 

tangki air berkembar di hadiqatul hajar, DQ hayyus safarat

 

sebetulnya saya temankan soulmate yang ingin mengambil udara segar di luar sementara cuaca sudah beransur dingin sekarang ini. yeay!musim sejuk bakal tiba. ini yang saya suka kerana lebih banyak tempat yang bakal diteroka.

 
 

 dah kalau dinamakan taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak mesti wajib ada kan!

sekian dulu, Ilalliqa' Maasalamah...

Wednesday, August 29, 2012

sesuci lebaran perantauan

taqabbalallahu minna wamin kumsolehul a'mal..
minal aaidin walfaizin, kullu aam wa antum bilkhair...

buat kali kedua untuk tahun ini lebaran disambut sekali lagi jauh dari sanak saudara. Alhamdulillah, no hurt feeling macam tahun pertama dahulu. instead, raya perantauan tahun ini boleh disifatkan sebagai the best ever! memang terbaiklah...siapa kata raya perantau tak seronok, dia memang loser..huhu...

sebeleum kita layan semua keseronokan lebaran kami, much thanks dulu saya ucapkan kepada official photographer yang sponser momen2 menarik dalam bentuk foto untuk tatapan semua

 to en. arimi and family, terima kasih atas foto-fotonya ya...

SEBELUM LEBARAN

meriahnya malam raya sama seperti di kampung halaman. kami berkumpul sesama yang ada bertakbir hari raya. seronok, mahabbah dalam rahmah. ukhwah yang terbina terasa indah

dalam masa yang sama kaum ibu sibuk menyediakan juadah hari raya esok hari. kami gotong royong cucuk satey. rendang, lemang dan ketupat masing-masing buat sendiri-sendiri. Alhamdulillah, aktiviti ini sangat mengubat rindu lebaran di kampung halaman dan merawat hubungan persahabatan yang terbina antara sahabat Malaysian di sini. I'm blessed, syukur Ya Allah.

PAGI LEBARAN PERTAMA 
AIDILFITRI 1433, RIYADH

tetamu yang hadir sampai jam seawal 10.00 pagi. Alhamdulillah, satey sedikit sebanyak sudah siap dibakar. jadinya ada jugalah  juadah yang nak dihidangkan kepada tetamu yang awal sampai. syukur juga kak N juga datang awal dengan kuah kacang seperiuk besar dan lodeh yang sangat yummeh. berkonsepkan pot luck, Alhamdulillah juadah yang dihidang tersangat banyak dan penuh meja.

macam-macam juadah tersedia. laksa utara, laksa johor, satey istimewa, kuah kacang, lodeh, ketupat nasi, ketupat palas, lemang, semuanya ada. seronoknya hari raya.

desert juga tidak ketinggalan. kek baldu merah, kek tak baldu, kek marble, kek coklat, segala jenis agar-agar, puding, chicken pot pie, potato ball yang sangat lazat, nasi beriyani, ayam masak merah dan lain-lain lagi. ya Allah, banyaknye rezeki. Alhamdulillah.

owh, roti jala pon ada, kari daging, bermacam rendang, rendang ayam, rendang daging, rendang paru, kerutuk daging, taufu fah, berbagai jenis minuman, air oren, air sirap dan air hijau. 

tetamu datang secara berperingkat, juadah juga berperingkat. meja  hidangan tak sempat nak lengang. waa semuanya menyelerakan dan semuanya hasil air tangan kawan-kawan yang hadir. Alhamdulillah, sepakat membawa berkat. Allahu Akbar, sungguh indah hari lebaran. 

sama macam di tanah air, kami tidak lepaskan peluang untuk merakam foto keluarga yang hadir memeriahkan pagi lebaran di rantauan.





   



meriahnya kaum bapa

meriah juga kaum ibu dan anak-anak

walaupun masing-masing kepenatan, namun lebaran yang disambut di perantauan sangat menggembirakan. terima kasih banyak-bnayak buat kawan-kawan, akak-akak dan abang-abang yang memeriahkan lebaran kami tahun ini. kenangan bersama kalian pasti tak akan kami lupakan sampai bila-bila, InsyaAllah.

SELEPAS LEBARAN PERTAMA

hari raya bukan setakat satu hari. selepas lebaran dari hari raya kedua sampai kelima tidak putus-putus undangan diterima. alhamdulillah. ukhuwah dieratkan lagi, silaturrahim dikemaskan seeratnya. malam hari selama tiga hari berturut-turut, pihak perbandaran menyediakan persembahan bunga api. menariknya, MasyaAllah, Alhamdulillah.



sekian dulu, salam lebaran buat semua!

Sunday, July 29, 2012

ramadhan kareem


salam ramadhan, 1433!


setakat entri ini di tulis, saya sedang menjalani ibadah ramadhan hari ke 10. Ya Allah, sudah berlalu sepertiga ramadhan yang permulaannya rahmah, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya terselamat dari api neraka. kami di sini sudah awal sehari berpuasa berbanding sahabat-sahabat di Malaysia.


seperti yang semua sedia maklum, sekarang musim panas dan masih berlanjutan. kepanasan tahun ini agak berbeza. saya kira lebih panas berbanding tahun lepas. ya, kalau ada yang mengingatkan saya tentang salah satu ayat dari surah taubah tuh tentang  api neraka lebih panas, saya tahu itu. sajelah nak wat note tentang perubahan iklim semasa tahun 2012.heh.
















































bulan ramadhan, sangat sinonim dengan kurma atau buah tamar. untuk pengetahuan, di musim panas, tamar sedang berbuah lebat. tamar ini sifatnya hanya akan masak meranum pada musim panas sahaja. dia macam buah durian dan maggis juga la. ada musim.



alhamdulillah, pada musim tamar tahun ini, saya berkesempatan melawat ladang kurma. yang saya lawat ini adalah ladang kurma terbuka. tapi dijaga rapi. ada juga kebanyakan ladang tamar di sini dikawal ketat, yakni tidak boleh masuk sesuka hati.




saja nak ambik pengalaman walaupun terpaksa bersiar dalam keadaan berbahang, namun demimu pokok tamar, ku gagahkan jua. hahah.


khasiatnya banyak. boleh google sendiri. Mariam RA, ibu kepada nabi Isa, meratapi kesakitannya ketika melahirkan nabi Allah Isa sambil bersandar di pohon tamar. dia lebih rela mati, dari menaggung sakit itu. kemudian Allah berfirman dalam surah mariam, supaya Mariam menggoncang pohon tamar agar gugur tamar yang masak untuknya sebagai menghilang kesakitan Mariam. boleh semak surah Mariam, dari ayat 23-26. Allah, Subhanallah. sayangnya Allah kepada hambanya.


berikutan kisah Mariam ini, tamar baik untuk ibu mengandung dan yang mahu mengandung. lain-lain kelebihan tamar, boleh google sahaja. Nabi ada juga bersabda, barang siapa yang makan tamar ajwa 7 biji sehari akan terhindar dari sihir. Subhanallah.



selamat menjalani ibadah ramadhan semua. saya menanti ibrah ramadhan tahun ini. moga-moga ada sinar baru buat kehidupan kami. doakan murah rezeki saya untuk ramadhan kali ini ya kawan-kawan. InsyaAllah.

ilalliqa' maassalamah.




Tuesday, July 17, 2012

sanah helwa

aidul milad as saeed


nikmat sudah sangat banyak tidak terhingga. terima kasih Allah untuk nikmat angka 3..alhamdulillah

Tuesday, July 10, 2012

practice make perfect

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)  Al Anfal, 33.

Astaghfirullah, Astaghfirullah Al Azim. marilah kita beristighfar dan selalu beristighfar. sesungguhnya selagimana kita beristighfar selagi itulah Allah tidak menyeksa kita. pernah saya terbaca nikmat yang sebenarnya bukanlah diukur dengan wang ringgit, rumah besar, anak pinak yang banyak, kereta besar dan kemewahan dunia lainnya. nikmat itu adala bila kita dapat tidur nyenyak, kita dapat buang air kecil dan besar, dapat bernafas ikut hidung, dapat makan segala yang kita sukai, dapat menggerakkan sendi, dapat mengelipkan mata dan berbagai lagi lah yang sama dengannya. itulah, kita nih yang kecik-kecik selalu terlepas pandang kan.

wadi namar, salah satu tempat rekreasi santai, di sini
untuk pengetahuan, musim panas di sini masih lagi berlangsung dengan jayanya. saya tidak pernah pula mencatatkan darjah kepanasan tahun ini dengan tahun-tahun lalu. tetapi pada tahun ini sedikit kerengsaan saya hadapi akibat dari kepanasan. pernah dengar geligata atau kalgata, atau kelakata atau apa sahaja nama yang lebih kurang sama sebutan dengannya. ya, saya sekarang diserang penyakit itulah. secara saintifiknya nama dia URTICARIA. saya percaya ramai yang pernah mengalami kegatalan seperti ini. ianya seakan bengkak gigitan nyamuk, tetapi bulatannya lebih besar dan seakan bercantum antara satu dengan lain. antara faktor penyebabnya ialah cuaca yang ekstrem. rasanya gatal yang sangat (merenyam) dan akan hilang dalam beberapa jam. kemudian akan datang lagi. dalam kes saya, cuaca panas lah pennyebabnya. kalau saya di rumah, wajib ada pendingin hawa, kalau tidak siaplah mula gatal-gatal di celah pelipat tangan, pelipat kaki, belakang badan, peha dan leher. paling teruk kalau ada aktiviti di luar. siaplah balik nanti, badan saya..fuhh.merah-merah dan gatal. dulu kecik-kecik selalu jugak kena macam nih. ubatnya arwah atuk akan isi air suam panas dalam botol kaca, kemudian dia suruh saya tuam badan yang gatal tuh dengan air suam dari botol kaca itu. ada juga yang kata, diasapkan dengan asap kemenyan. kalau preskripsi doktor pula, biasanya akan ada calamine lotion dan tablet anti-histamin untuk mengelakkan kegatalan seperti pil piriton. pil ini biasanya mengantuk. bila dah dapat tidur, takdelah gatal kan.

biasanya, santai waktu musim sejuk atau bunga dan luruh jelah, kalau musim panas jangan nak wat haru
Ala kulli hal, saya sihat je sebenarnya walaupun dengan sedikit kerengsaan itu. sekurang-kurangnya saya teringatlah untuk beristighfar bila Allah uji sikit-sikit nih kan. Alhamdulillah. 

secawan kopi dan pisang goreng panas, di petang yang mendamaikan

sebenarnya dalam entri carca merba nih saya nak kongsikan sesuatu. apabila melalui hari-hari sebagai surirumah sepanjang masa nih, selalu saya mengarang di dalam kepala untuk menulis perkara ini dalam blog. sebagai peringatan untuk saya juga. apa yang saya nak kongsikan ini mungkin lebih berkenaan kepada pasangan-pasangan yang baru hendak berumah tangga ataupun pasangan pengantin baru (muda). kalau yang dah berumah tangga dalam tempoh masa lama, mereka tentu bersetuju dengan apa yang saya ingin kongsikan ini.

itik menghiasi pemandangan tasik
selalunya untuk perempuan, persiapan diri untuk mengharung alam perkahwinan tentu sahaja orang suruh pandai memasak, bukan? setelah melalui kehidupan alam rumahtangga ini selama (baru) 5 tahun, sangkaan saya persiapan untuk pandai memasak tidaklah penting sangat. ya, nak suruh tambat hati suami ngan air tangan kitalah kononnya kan. bakat memasak tidak perlu diasah awal sangat. bila hari-hari dah memang kena memasak, lama-lama nanti pandailah. sekarang di internet berlambak resepi. terlintas je di kepala nak makan apa, google sahaja, pasti jumpa. dah tuh nanti siap ade step by step cara membuatnya. memang mudah, senang dan cepat. pengalaman saya sendiri sebelum berkahwin, memang tak pandai hal ehwal masak memasak nih. tapi bak kata orang putih, Practice make perfect kan...so jangan risau kalau masih kekok memegang senduk dan periuk belanga. ada benda lain yang ada perlu risau.

kanak-kanak bermain air

apakah itu? risaulah kalau anda tidak biasa mengurus hal ehwal rumah tangga. banyak benda remeh yang kita terlepas pandang sebelum berkahwin. yelah bila zaman muda remaja, hal rumah yang remeh semua ibu dah uruskan. kita buat yang major jer (itu pun kalau rajin). antara perkara remehnya;



1. menguruskan kain baju. 
dari hal membasuh, melipat dan menggosok. perkara ini bergantung bagaimana keadaan kita sewaktu bujangan dahulu. cara membasuh baju, campur semua atau diasingkan dulu satu persatu. seluar dengan seluar. baju warna tak campur dengan baju putih bila membasuh. kalau ini dah jadi habit kita, insyaAllah tidak terjadilah kerungsingan bila kemeja suami yang warna krim dah bertompok-tompok hitam atau singlet putih dah jadi kelabu asap warnanya. juga, kebiasaan memilih untuk di basuh dengan mesin atau tangan. kalau semua ikut nak senang masuk mesin, jangan kecik hati plak bila suami kata, "apsal kolar baju I nih kuning jer". takkan nak jawab tak tahu kan. kita yang urus kain baju.

kalau bab melipat pula, tengok kebiasaan kita zaman bujang bagaimana. kalau sambil tonton televisyen setiap malam tangan kita yang melipat kain baju, (bukan ibu seorang) baguslah. harapnya tiadalah bukit baju di kediaman kita nanti. tapi kalau kita jenis yang tengok tv sambil goyang kaki, alamatnya siaplah terbinanya gunung baju dalam rumah.

bila menggosok, kalau dah biasa gosok baju atau seluar abah, baguslah. itupun kalau abah kerja pejabat yang kena pakai kemeja dan seluar slack setiap hari. kalau ayah yang macam abah saya, tidak mengenakan kemeja dan slack ke tempat kerja, memang parahlah. sebab kita tak biasa. kena tahu, menggosok baju orang lelaki tidak semudah menggosok baju kita, orang perempuan. ketelitian perlu lebih ada. bila menggosok seluar slack, jangan sampai 3 4 landasan pula kita cipta di situ. untuk skil yang ini saya memang sukar nak master. kadang kala berpanasan juga untuk menyelesaikan hanya sehelai seluar. sidenye harus lurus, tegak dan tercacak.


wanita arab

2. hal mengemas 
tengok habit kita mengemas bilik tidur. lepas bangun terus kemas atau biar saja selimut bergulung di situ. kamar beradu adalah salah satu element terpenting dalam rumah tangga. bilik tidur wajib tip top. kekerapan tukar cadar juga harus di ambil kira.

kamar mandi juga adalah tanggungjawab kita. takkan kamar mandi sama setaraf dengan tandas awam kot. sendiri kena fahamlah. tugasan ini kalau kita dah selalu buat sebelum berumahtangga, insyaAllah sesudah berumahtangga nanti, kita tidak rasa kekok menguruskannya. jangan hanya satu kamar mandi, seluruh kamar mandi dalam rumah adalah tanggungjawab kita. kalau tidak dibiasakan, nanti jangan marah lah kalau kena perli dengan suami kan.

begitu juga ruang dapur. bagaimana kebiasaan kita membantu ibu di dapur? adakah setakat tolong kupas bawang dan potong cili. kemudian basuh pinggan. itu sahaja? di sudut dapur lebih banyak tugasan remehnya. menggilap stove. menggilap dinding dan lantai yang berminyak selepas menggoreng ikan. itu belum lagi selepas menyambal. dinding yang berminyak semuanya harus disental. kalaupun kita cuma selalu basuh pinggan, perasan atau tidak air takungan bawah tadahan pinggan itu juga harus diselenggara? jangan silap-silap sudah berjentik-jentik pula di situ. 

bagaimana kebiasaan kita bangun pagi? siapa yang membuka tingkap di pagi hari? siapa yang menyapu ruang tamu, mengemop lantai dan memvacum permaidani? kalau semuanya ibu, biasa-biasakanlah diri mengambil peranan. kalaupun kita sibuk bekerja, ini mungkin rutin hujung minggu. bila bersama orang tua memang kita tak sedar keperluan ini. cuba bila dah tinggal berdua dengan suami, takkan nak biar dia yang pegang penyapu dan mop.

belia muda mudi

3. mengemaskini barangan keperluan harian
bagaimana habit kita membeli belah barangan keperluan rumah dan dapur seperti barang mentah? selalu dengan ibu bapa ambil sahaja apa mahu. nanti ibu bayar. ada senarai barangan yang hendak dibeli? sebaiknya sediakan senarai barang yang hendak dibeli supaya perbelanjaan dapat dikawal. kalau kewangan hanya dipihak suami, kesianlah dia kalau semua barang kita nak borong. belajarlah merancang.

sudah pulang membeli belah, bagaimana pula? mungkin kita terlepas pandang bila peran ini selalunya dilakukan oleh ibu. berubahlah kerana suatu ketika nanti kita yang akan menjadi suri keluarga. jadi tugasan itu adalah hak kita. kalau tidak dibiasakan, nanti takkan nak dibiar ikan yang dibeli terperuk dalam plastik tanpa disiang dan dibersihkan. bagaimana ibu menyimpan sayur-sayuran juga harus kita perhatikan.





cukuplah dulu. panjang benar sudah rasanya. banyak lagi yang mahu dikongsi. tapi biar setakat ini dulu. sila lihat apa yang saya kongsikan sebagai tanggungjawab suri dalam keluarga. lihat ibu kita, betapa dia sudah penat melakukannya sepanjang hidupnya berumahtangga. kini tibalah masa untuk kita mengambil alih tugas supaya kita lebih selesa menggalas tanggungjawab itu bila tiba masanya nanti. 

sekian :D