::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, July 29, 2012

ramadhan kareem


salam ramadhan, 1433!


setakat entri ini di tulis, saya sedang menjalani ibadah ramadhan hari ke 10. Ya Allah, sudah berlalu sepertiga ramadhan yang permulaannya rahmah, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya terselamat dari api neraka. kami di sini sudah awal sehari berpuasa berbanding sahabat-sahabat di Malaysia.


seperti yang semua sedia maklum, sekarang musim panas dan masih berlanjutan. kepanasan tahun ini agak berbeza. saya kira lebih panas berbanding tahun lepas. ya, kalau ada yang mengingatkan saya tentang salah satu ayat dari surah taubah tuh tentang  api neraka lebih panas, saya tahu itu. sajelah nak wat note tentang perubahan iklim semasa tahun 2012.heh.
















































bulan ramadhan, sangat sinonim dengan kurma atau buah tamar. untuk pengetahuan, di musim panas, tamar sedang berbuah lebat. tamar ini sifatnya hanya akan masak meranum pada musim panas sahaja. dia macam buah durian dan maggis juga la. ada musim.



alhamdulillah, pada musim tamar tahun ini, saya berkesempatan melawat ladang kurma. yang saya lawat ini adalah ladang kurma terbuka. tapi dijaga rapi. ada juga kebanyakan ladang tamar di sini dikawal ketat, yakni tidak boleh masuk sesuka hati.




saja nak ambik pengalaman walaupun terpaksa bersiar dalam keadaan berbahang, namun demimu pokok tamar, ku gagahkan jua. hahah.


khasiatnya banyak. boleh google sendiri. Mariam RA, ibu kepada nabi Isa, meratapi kesakitannya ketika melahirkan nabi Allah Isa sambil bersandar di pohon tamar. dia lebih rela mati, dari menaggung sakit itu. kemudian Allah berfirman dalam surah mariam, supaya Mariam menggoncang pohon tamar agar gugur tamar yang masak untuknya sebagai menghilang kesakitan Mariam. boleh semak surah Mariam, dari ayat 23-26. Allah, Subhanallah. sayangnya Allah kepada hambanya.


berikutan kisah Mariam ini, tamar baik untuk ibu mengandung dan yang mahu mengandung. lain-lain kelebihan tamar, boleh google sahaja. Nabi ada juga bersabda, barang siapa yang makan tamar ajwa 7 biji sehari akan terhindar dari sihir. Subhanallah.



selamat menjalani ibadah ramadhan semua. saya menanti ibrah ramadhan tahun ini. moga-moga ada sinar baru buat kehidupan kami. doakan murah rezeki saya untuk ramadhan kali ini ya kawan-kawan. InsyaAllah.

ilalliqa' maassalamah.




Tuesday, July 17, 2012

sanah helwa

aidul milad as saeed


nikmat sudah sangat banyak tidak terhingga. terima kasih Allah untuk nikmat angka 3..alhamdulillah

Tuesday, July 10, 2012

practice make perfect

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)  Al Anfal, 33.

Astaghfirullah, Astaghfirullah Al Azim. marilah kita beristighfar dan selalu beristighfar. sesungguhnya selagimana kita beristighfar selagi itulah Allah tidak menyeksa kita. pernah saya terbaca nikmat yang sebenarnya bukanlah diukur dengan wang ringgit, rumah besar, anak pinak yang banyak, kereta besar dan kemewahan dunia lainnya. nikmat itu adala bila kita dapat tidur nyenyak, kita dapat buang air kecil dan besar, dapat bernafas ikut hidung, dapat makan segala yang kita sukai, dapat menggerakkan sendi, dapat mengelipkan mata dan berbagai lagi lah yang sama dengannya. itulah, kita nih yang kecik-kecik selalu terlepas pandang kan.

wadi namar, salah satu tempat rekreasi santai, di sini
untuk pengetahuan, musim panas di sini masih lagi berlangsung dengan jayanya. saya tidak pernah pula mencatatkan darjah kepanasan tahun ini dengan tahun-tahun lalu. tetapi pada tahun ini sedikit kerengsaan saya hadapi akibat dari kepanasan. pernah dengar geligata atau kalgata, atau kelakata atau apa sahaja nama yang lebih kurang sama sebutan dengannya. ya, saya sekarang diserang penyakit itulah. secara saintifiknya nama dia URTICARIA. saya percaya ramai yang pernah mengalami kegatalan seperti ini. ianya seakan bengkak gigitan nyamuk, tetapi bulatannya lebih besar dan seakan bercantum antara satu dengan lain. antara faktor penyebabnya ialah cuaca yang ekstrem. rasanya gatal yang sangat (merenyam) dan akan hilang dalam beberapa jam. kemudian akan datang lagi. dalam kes saya, cuaca panas lah pennyebabnya. kalau saya di rumah, wajib ada pendingin hawa, kalau tidak siaplah mula gatal-gatal di celah pelipat tangan, pelipat kaki, belakang badan, peha dan leher. paling teruk kalau ada aktiviti di luar. siaplah balik nanti, badan saya..fuhh.merah-merah dan gatal. dulu kecik-kecik selalu jugak kena macam nih. ubatnya arwah atuk akan isi air suam panas dalam botol kaca, kemudian dia suruh saya tuam badan yang gatal tuh dengan air suam dari botol kaca itu. ada juga yang kata, diasapkan dengan asap kemenyan. kalau preskripsi doktor pula, biasanya akan ada calamine lotion dan tablet anti-histamin untuk mengelakkan kegatalan seperti pil piriton. pil ini biasanya mengantuk. bila dah dapat tidur, takdelah gatal kan.

biasanya, santai waktu musim sejuk atau bunga dan luruh jelah, kalau musim panas jangan nak wat haru
Ala kulli hal, saya sihat je sebenarnya walaupun dengan sedikit kerengsaan itu. sekurang-kurangnya saya teringatlah untuk beristighfar bila Allah uji sikit-sikit nih kan. Alhamdulillah. 

secawan kopi dan pisang goreng panas, di petang yang mendamaikan

sebenarnya dalam entri carca merba nih saya nak kongsikan sesuatu. apabila melalui hari-hari sebagai surirumah sepanjang masa nih, selalu saya mengarang di dalam kepala untuk menulis perkara ini dalam blog. sebagai peringatan untuk saya juga. apa yang saya nak kongsikan ini mungkin lebih berkenaan kepada pasangan-pasangan yang baru hendak berumah tangga ataupun pasangan pengantin baru (muda). kalau yang dah berumah tangga dalam tempoh masa lama, mereka tentu bersetuju dengan apa yang saya ingin kongsikan ini.

itik menghiasi pemandangan tasik
selalunya untuk perempuan, persiapan diri untuk mengharung alam perkahwinan tentu sahaja orang suruh pandai memasak, bukan? setelah melalui kehidupan alam rumahtangga ini selama (baru) 5 tahun, sangkaan saya persiapan untuk pandai memasak tidaklah penting sangat. ya, nak suruh tambat hati suami ngan air tangan kitalah kononnya kan. bakat memasak tidak perlu diasah awal sangat. bila hari-hari dah memang kena memasak, lama-lama nanti pandailah. sekarang di internet berlambak resepi. terlintas je di kepala nak makan apa, google sahaja, pasti jumpa. dah tuh nanti siap ade step by step cara membuatnya. memang mudah, senang dan cepat. pengalaman saya sendiri sebelum berkahwin, memang tak pandai hal ehwal masak memasak nih. tapi bak kata orang putih, Practice make perfect kan...so jangan risau kalau masih kekok memegang senduk dan periuk belanga. ada benda lain yang ada perlu risau.

kanak-kanak bermain air

apakah itu? risaulah kalau anda tidak biasa mengurus hal ehwal rumah tangga. banyak benda remeh yang kita terlepas pandang sebelum berkahwin. yelah bila zaman muda remaja, hal rumah yang remeh semua ibu dah uruskan. kita buat yang major jer (itu pun kalau rajin). antara perkara remehnya;



1. menguruskan kain baju. 
dari hal membasuh, melipat dan menggosok. perkara ini bergantung bagaimana keadaan kita sewaktu bujangan dahulu. cara membasuh baju, campur semua atau diasingkan dulu satu persatu. seluar dengan seluar. baju warna tak campur dengan baju putih bila membasuh. kalau ini dah jadi habit kita, insyaAllah tidak terjadilah kerungsingan bila kemeja suami yang warna krim dah bertompok-tompok hitam atau singlet putih dah jadi kelabu asap warnanya. juga, kebiasaan memilih untuk di basuh dengan mesin atau tangan. kalau semua ikut nak senang masuk mesin, jangan kecik hati plak bila suami kata, "apsal kolar baju I nih kuning jer". takkan nak jawab tak tahu kan. kita yang urus kain baju.

kalau bab melipat pula, tengok kebiasaan kita zaman bujang bagaimana. kalau sambil tonton televisyen setiap malam tangan kita yang melipat kain baju, (bukan ibu seorang) baguslah. harapnya tiadalah bukit baju di kediaman kita nanti. tapi kalau kita jenis yang tengok tv sambil goyang kaki, alamatnya siaplah terbinanya gunung baju dalam rumah.

bila menggosok, kalau dah biasa gosok baju atau seluar abah, baguslah. itupun kalau abah kerja pejabat yang kena pakai kemeja dan seluar slack setiap hari. kalau ayah yang macam abah saya, tidak mengenakan kemeja dan slack ke tempat kerja, memang parahlah. sebab kita tak biasa. kena tahu, menggosok baju orang lelaki tidak semudah menggosok baju kita, orang perempuan. ketelitian perlu lebih ada. bila menggosok seluar slack, jangan sampai 3 4 landasan pula kita cipta di situ. untuk skil yang ini saya memang sukar nak master. kadang kala berpanasan juga untuk menyelesaikan hanya sehelai seluar. sidenye harus lurus, tegak dan tercacak.


wanita arab

2. hal mengemas 
tengok habit kita mengemas bilik tidur. lepas bangun terus kemas atau biar saja selimut bergulung di situ. kamar beradu adalah salah satu element terpenting dalam rumah tangga. bilik tidur wajib tip top. kekerapan tukar cadar juga harus di ambil kira.

kamar mandi juga adalah tanggungjawab kita. takkan kamar mandi sama setaraf dengan tandas awam kot. sendiri kena fahamlah. tugasan ini kalau kita dah selalu buat sebelum berumahtangga, insyaAllah sesudah berumahtangga nanti, kita tidak rasa kekok menguruskannya. jangan hanya satu kamar mandi, seluruh kamar mandi dalam rumah adalah tanggungjawab kita. kalau tidak dibiasakan, nanti jangan marah lah kalau kena perli dengan suami kan.

begitu juga ruang dapur. bagaimana kebiasaan kita membantu ibu di dapur? adakah setakat tolong kupas bawang dan potong cili. kemudian basuh pinggan. itu sahaja? di sudut dapur lebih banyak tugasan remehnya. menggilap stove. menggilap dinding dan lantai yang berminyak selepas menggoreng ikan. itu belum lagi selepas menyambal. dinding yang berminyak semuanya harus disental. kalaupun kita cuma selalu basuh pinggan, perasan atau tidak air takungan bawah tadahan pinggan itu juga harus diselenggara? jangan silap-silap sudah berjentik-jentik pula di situ. 

bagaimana kebiasaan kita bangun pagi? siapa yang membuka tingkap di pagi hari? siapa yang menyapu ruang tamu, mengemop lantai dan memvacum permaidani? kalau semuanya ibu, biasa-biasakanlah diri mengambil peranan. kalaupun kita sibuk bekerja, ini mungkin rutin hujung minggu. bila bersama orang tua memang kita tak sedar keperluan ini. cuba bila dah tinggal berdua dengan suami, takkan nak biar dia yang pegang penyapu dan mop.

belia muda mudi

3. mengemaskini barangan keperluan harian
bagaimana habit kita membeli belah barangan keperluan rumah dan dapur seperti barang mentah? selalu dengan ibu bapa ambil sahaja apa mahu. nanti ibu bayar. ada senarai barangan yang hendak dibeli? sebaiknya sediakan senarai barang yang hendak dibeli supaya perbelanjaan dapat dikawal. kalau kewangan hanya dipihak suami, kesianlah dia kalau semua barang kita nak borong. belajarlah merancang.

sudah pulang membeli belah, bagaimana pula? mungkin kita terlepas pandang bila peran ini selalunya dilakukan oleh ibu. berubahlah kerana suatu ketika nanti kita yang akan menjadi suri keluarga. jadi tugasan itu adalah hak kita. kalau tidak dibiasakan, nanti takkan nak dibiar ikan yang dibeli terperuk dalam plastik tanpa disiang dan dibersihkan. bagaimana ibu menyimpan sayur-sayuran juga harus kita perhatikan.





cukuplah dulu. panjang benar sudah rasanya. banyak lagi yang mahu dikongsi. tapi biar setakat ini dulu. sila lihat apa yang saya kongsikan sebagai tanggungjawab suri dalam keluarga. lihat ibu kita, betapa dia sudah penat melakukannya sepanjang hidupnya berumahtangga. kini tibalah masa untuk kita mengambil alih tugas supaya kita lebih selesa menggalas tanggungjawab itu bila tiba masanya nanti. 

sekian :D

Tuesday, July 3, 2012

biar pape asal bergaye?

Nama saya SYAABAN. Saya ingin mengingatkan anda, bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu REZEKI  dan kedua anaknya SAHUR DAN IFTAR. Mereka akan ditemani oleh ketiga 3 cucunya, RAHMAT, BARAKAH dan KEAMPUNAN. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan AIDUL Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.  




its' July! half of the year has gone. pantasnya masa. phew. cuaca di sini masih panas. yes, its summer friend. hujan sudah lama tidak hadir. Sya'ban juga sudah berlalu separuh. tinggal lagi separuh nak masuk bulan penuh berkat iaitu RAMADHAN.





bila berlalunya masa, ianya seiring dengan teknologi. gadget terkini mengisi ruang perkembangan semasa. kalau dulunya, heboh diperkatakan tentang teknologi maklumat dengan satu komputer satu rumah. kemudian munculnya komputer riba. daripada sebesar gedabak dan berat hingga yang terkecil dan nipis. kini gadget baru yang hangat ialah tablet PC pula. esok entahlah apa pula. dari sudut telekomunikasi pula, bermula dengan telefon awam, telefon di rumah, kemudian telefon bimbit pula. telefon bimbit mempunyai perkembangannya tersendiri juga. dari yang besar kemudian lebih kecil, lebih ringan dan lebih mesra pengguna. kini telefon bimbit sudah menjadi lebih pintar yang dikenali sebagai smart phone. dalam peredaran ini, manusia juga berlumba-lumba mengejarnya. pandai atau tidak mengendalikannya itu belakang kira. yang pentingnya, bila orang lain ada, dia nak juga.


RAW, editing by picasa with lomo effect
dari situlah juga pepatah Melayu menjelaskan, "Biar papa asalkan bergaya". kalau dalam loghat Perak, semakin menarik bunyinya. ya, kebanyakan orang hanya mahu dilihat sebagai bergaya, mengikut edaran trend semasa, biarpun tidak mampu dan tidak tahu bagaimana mengendalikannya. sudahnya, jika untuk telekomunikasi, walaupun ianya pintar hanya digunakan setakat yang asas sahaja iaitu membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas. walaupun pada hakikatnya, ia mampu pergi lebih jauh dari itu. pernah suatu ketika, saya berbual dengan rakan yang mempunyai gadget terhebat, saya tanya dia macam2 tentang kehebatan gadgetnya yang saya tahu, tetapi dia seakan-akan blur dan tiada idea langsung tentangnya. bagi saya golongan yang tidak berapa mampu memiliki gadget terhebat, mengetahui ada sahabat memilikinya tentu sahaja saya rasa tumpang gembira sekaki. tapi, sang sahabat hanya beralasan, ini kan trend terbaru, orang lain ada, aku juga mahu walaupun aku tak tahu (guna). haha. rugi oooh sungguh rugi.







lebih terkini, kamera. saya membesar pada zaman kamera filem. kemudian, era berubah kepada kamera kompak. kini era kamera kompak sudah pun berlalu. terkini adalah kamera DSLR. dengan kehebatan DSLR itu ramai beranggapan gambar menjadi lebih hebat dari penggunaan kamera kompak biasa. sesiapa yang memilikinya  tergolong dalam golongan photografer hebat (kononnya). namun, ada segelintir pemilik DSLR tidak tahu pun menggunakan DSLRnya sebaik mungkin untuk menghasilkan gambar yang hebat. tetap juga point and shoot menggunakan dial mode auto. ooh rugi sungguh rugi. bila gambar tidak seperti yang diimpi, menyalahkan model kamera atau lensanya. oleh kerana berada di kalangan golongan mampu, DSLR tadi diupgrade kepada model yang lebih besar. tetapi masih menggunakan mode auto. apekah? rugi ooh sungguh rugi. gunalah gadget di tangan kita sebaiknya.




berubahlah sedikit demi sedikit. kalau guna telefon yang pintar tuh, pemiliknya juga harus pintar memanfaatkan sebaiknya. kalau yang guna DSLR tuh dari mode auto tukar-tukarlah ke manual. belajarlah tentang shutter speed, aperture, iso, metering, raw, jepeg dan lain-lain lagi. hidup perlu berubah. harus seiring dengan perkembangan semasa. bukan setakat hanya ada gaya, tapi tidak tahu apa.




gambar-gambar yang saya paparkan di sini menggunakan DSLR comel saya. model paling cokia yang saya ada. Canon 1000D sahaja. kalau nak tahu model sesuatu tuh, dia bermula dengan angka yang lebih besar sebagai model paling rendah. contoh 1000D model lebih rendah dari 500D, atau 600D lebih rendah dari 60D. itu sahaja kemampuan yang ada waktu saya ingin memilikinya. tengok gambar di atas nih. yang sebelah kiri. kalau saya tak letak gambar perbandingan di situ tentu sahaja ada yang berpendapat bahawa DSLR cokia saya sangat cokia. itu adalah gambar dari mode RAW. yang sebelahnya saya telah lakukan editing. ha, outstanding lah jugak kan. saya baru berjinak-jinak dengan RAW nih. kalau nak tahu lanjut pasal RAW boleh baca di sini dan di sini.




oleh sebab itu, saya dilatih sejak dahulu oleh banker saya (dahulu abah, kini soulmate) untuk spend atau membeli hanya pada barang-barang yang perlu sahaja. kalaupun mahu gadget terkini sebagai upgrade kepada yang sedia ada, harus pandai cara menggunakannya. bukan nak beli sekadar sebab nak ada, tapi tak reti nak guna. sebelum saya memiliki DSLR comel saya itu, saya sudah cukup study cara-cara penggunaannya. diawal penglibatan saya 2 tahun lalu, beberapa bulan yang pertama saya gunakan juga mode auto. kemudian berjinak-jinak dengan mode manual. alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu saya bertambah dan skil saya juga semakin digilap.




walaupun bukanlah sampai tahap profesional, at least saya berubah sedikit demi sedikit dibantu oleh pembacaan dan penerokaan. bila dah ada gadget mahal, takkan nak guna macam guna gadget murah kan. kalau sesiapa yang betul-betul minat di bidang ini, masa yang dikorbankan untuk study, explore dan mengkaji   bidang ini adalah tidak terasa. ianya sangat berbaloi. banyakkan pembacaan. gambar yang baik bukan sekadar point and shoot dan terus super. selalunya ia melalui juga beberapa proses editing untuk menjadikannya lebih outstanding. selalunya gambar terbaik terhasil bukan disebabkan gadget yang digunakannya, tetapi siapa dan bagaimana pengendali mengendalikan gadget tersebut.


p/s: ini percubaan kedua saya dengan pau mawar. kini sudah berwarna merah pula. hehe, saya letak pewarna. kalau nak resepinya boleh klik sini.


sekian perkongsian kita :D