::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, December 21, 2011

menongkat langit

kita tidak pernah akan mampu menongkat langit

~Bahrain, June 2011

baru-baru ini tetiba rakan dari sabah menulis di dindingnya bahawa dia sedang rindukan kami. "kami" di sini merujuk kepada sahabat-sahabat seperjuangannya termasuk saya dan suami. saya juga seperti dia. sering terkenang dan merindu-rindukan saat zaman belajar di kampus dahulu.

saya punyai masa belajar di universiti yang sangat panjang. dari tahun 2000 sehingga 2009. paling indahnya kemuncak saya belajar fasa 2001 hingga 2005. sungguh banyaklah kenangan manis di situ. saya bukanlah mahasiswi yang sungguh cemerlang dalam pelajaran hingga mendapat anugerah dekan dan sebagainya. saya cuma pelajar biasa-biasa. akan tetapi saya terlibat secara aktif dalam aktiviti persatuan. penglibatan saya yang aktif itu bukan pada banyak persatuan dan kelab, saya setia dengan satu kelab sahaja. saya serasi dengan kelab itu, saya teguh di situ dan saya berdedikasi dengan kelab itu. dengan kelab itu, saya merasakan sepanjang penghidupan saya di kampus adalah manis dan indah untuk dikenang-kenang. indah sangat, sampai saya rasa keindahan dan memori itu saya nak dedikasikan di sebuah entri khas suatu hari nanti, InsyaAllah.




Baitul Quran, Bahrain June 2011

kesinambungannya dengan realiti hari ini, saya ingin ingatkan para adik-adik mahasiswa bahawa, ciptalah memori terindah pada zaman kehidupan kampus kamu. saya tidak memaksa anda belajar hingga lebam biji mata. saya tidak galakkan kamu hanya terperap di bilik sahaja sebaik habis waktu kelas. belajarlah sesuatu yang amat sukar di pelajari dalam kelas. kelak, kamu akan dapati pengalaman luar kelas itu sungguh berharga. namun begitu dalam memilih arus luar kelas kuliyah kamu, carilah sesuatu yang sepadan dengan jiwa, sesuatu yang buat kamu rasa bahagia dan sesuatu yang mampu menjadikan kamu gembira. pilihlah sewajarnya. jangan kamu pilih aktiviti yang memawa kemudharatan, jangan kamu pilih aktiviti yang membawa kesongsangan, jangan pilih aktiviti yang tidak memberi manfaat, jangan juga kamu pilih aktiviti yang memberi kekesalan.

baru-baru ini, saya terpandang suatu isu yang melanda saat di mana mahasiswa bangkit bersuara lantang. isu ludah meludah dan tampar (untuk yang mereka tahu akan faham isu ini). saya berperang dengan jiwa samada membenarkan atau tidak tindakan ini. kebangkitan suara mahasiswa pada saya ada baiknya, petanda mahasiswa bukanlah satu entiti yang ibarat dicucuk hidung semata-mata. bermakna mereka pandai keluar dari kotak. akan tetapi, melawan arus sedia ada seakan-akan membawa padah kepada diri sendiri jua akhirnya. ramai masyarakat yang menentang dengan alasan,
saat di kampus belajar sahajalah sampai pandai dan jangan pandai-pandai masuk campur urusan yang tidak berkaitan dengan belajar. belajar sahajalah kerana tanpa kebijaksanaan anda tidak ke mana. saya setuju juga dengan kenyataan ini. namun pada saya untuk hanya duduk membisu dan mentelaah nota kuliyah sahaja adalah tidak cukup ummph untuk melalui zaman kampus remaja yang indah. pendapat saya, mungkin ada cara yang lebih sesuai. jadi pandai memilih jalan mana yang akan kita tempuh agar kehidupan kampus kita lebih bermakna.


takkan nak tunggu sampai tenggelam~Bahrain, June 2011

daripada melalak berdemonstrasi, terpekik minta diubah peraturan itu dan diubah peraturan ini eloklah lakukan sesuatu yang lebih positif dan lebih diterima umum. fikirkanlah sejauh mana tindakan kita beraktiviti luar kelas itu bisa memberi impak positif masa hadapan. mungkin penglibatan anda pada aktiviti hari ini boleh diibaratkan sebagi meludah ke langit yang mana esok ludah itu akan tertimpa ke muka sendiri jua. fikirkanlah kalau anda berkorban kelas, berkorban masa, berkorban tenaga dengan melalak dan terpekik di sana dan di sini natijahnya yang dikejar tak dapat dan yang dikendong keciciran, bagaimana? saya kenal beberapa ikon zaman kampus saya dahulu yang beria-ria memperjuangkan hak ke sana sini, dengan sepanduk tidak berpuas hati itu dan ini, akhirnya terpaksa melutut jua dikaki pemerintah (yang dahulunya tentang habis-habisan) memohon pekerjaan buat kelangsungan hidup. bukankah itu sesuatu yang memalukan? bukankah ludah yang kamu lempar ke langit tempohari terkena ke muka kembali? mujurlah ada bakat berpidato dan berbicara, lalu berpeluang menjadi pengacara rancangan tv dan membuka agensi motivasi. mahasiswa, fikirlah masa depan, perjuangan kamu saya fikir tidak ke mana. paling teruk nanti kamu mungkin akan digantung belajar atau dibuang terus. habis apa makna lagi hidup kamu? kamu hanya ikan bilis yang membawa perjuangan yang dilindungi jerung-jerung besar. apa kata, sematkan sedikit sabar, tambahkan lebih usaha, bila kamu sudah berjaya buktikan pada semua kamu mampu mengubahnya.


teruskan kehidupan dengan lebih laju~Bahrain, June 2011

maaf kalau ada mahasiswa yang marah atau tidak puas hati dengan kenyataan saya ini. adatlah darah muda sedang bergelora. tapi saya minta kamu fikir dan cuba fikir lagi, berbaloikah? apakah yang ingin kamu kenang sepanjang masa kampus kamu, maniskah atau pahit? jangan kerana ghairah mengikut kelojak darah muda, kamu lupa batas dan sempadan yang ada. kenangkan ibu bapa, apakah hadiah pengorbanan mereka?


No comments: