::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, September 30, 2011

percutian berakhir


Sudah kembali

Selamat Hari Raya yang telah pun berakhir hari ini. Umum pembaca blog saya mengetahui, kami pulang menghirup udara segar Malaya bulan lepas. Ya, pada saat entri ini ditulis kami telah selamat kembali semula di laman mencari rezeki ini. Jetlegnya juga sudah selesai, keletihannya juga sudah hilang. Banyak mahu kongsi sepanjang percutian 28 hari saya.


Raya di kajang

Raya di Gombak
Wow! bercuti hampir sebulan, tapi apa yang saya rasa macam hanya seminggu berada di negaraku tanah tumpahnya darahku itu. Ya, Malaysia pada saya sungguh kalut dan segalanya pantas berlalu. Saya tiada masa untuk termangu keseorangan seperti sekarang. Saya juga merasakan 24jam sehari seperti tidak cukup. Banyak perkara harus dilakukan dalam satu masa. Minggu pertama menghabiskan Ramadhan yang berbaki lagi 4 hari. Alhamdulillah jodoh saya dengan orang dekat, jadi setakat berulang alik dari Kajang ke Gombak untuk giliran berbuka dan sahur dalam 4 hari itu bukanlah masalah sangat. Selesai puasa, hari raya pula. Memang cantik sangat, hajat bertemu sanak saudara dikesempatan pulang buat julung kalinya ini bersempena dengan lebaran pula, memang digunakan sebaiknya. Selesai ziarah saudara mara di Melaka, kami ke Perak pula. Minggu berikutnya, walimah adik perempuan saya. Mengenali keluarga saya, yang setakat ini masih belum menggunakan khidmat catering untuk kenduri kendara, jadi rewang untuk kenduri menjadikan kepulangan saya kali ini sangat dimanfaatkan keringatnya. Selesai kenduri, berbaki 2 minggu lagi percutian saya. Jadi dalam 2 minggu yang tinggal itulah suami harus ke pejabat menjenguk rakan dan majikan, saya menziarah rakan taulan mana-mana yang sempat. Kepada sahabat yang tidak sempat kita bersua jangan berkecil hati ya, dikepulangan yang akan datang kita jumpa lagi. 


Rewang Kenduri




Adik perempuan saya dan suami dalam unggu
Seperti yang saya jangka, saya masih tidak betah dengan penerbangan jauh dan lama. Sepanjang 12 jam perjalanan (termasuk transit), saya sungguh tidak bermaya. Pengalaman mabuk udara seperti pertama kali pernerbangan pada mula dahulu berulang lagi. Sampaikan terdetik hati macam tidak mahu pulang lagi. Tapi, eh mana boleh macam tuh.  Mesti kena pulang. Disebabkan pengalaman yang mematangkan, jadi cara saya menghamburkan isi perut kesan kemabukan sudah sedikit maju dan terkawal. Saya akan pastikan beg muntah tersedia di hadapan kerusi tempat duduk. Bila rasa itu sudah datang, saya akan cepat-cepat capai beg kertas, dan terus ke bilik air. Di situ, segalanya dikeluarkan dengan selamat dan bersih. Saya kembali ke tempat duduk dengan perasaan lega seketika dan tertidur. 

Setibanya di rumah, Alhamdulillah debuan yang melekat di lantai telah dibersihkan oleh sahabat yang menjenguk2 rumah sepanjang ketiadaan kami. Jadi dapatlah saya rehat sedikit. Hari berikutnya, ada beberapa acara penting yang harus kami hadiri. Sekian dulu, sampai nanti kita jumpa lagi.





3 comments:

Mila@Rimbun said...

dah terbang jauh2 pon masuk mabuk yer Ila... alhamdulillah akak tak pernah kena, Izzah pon sama.. kalau idok teruk jugak nak balik kg seberang sana

ila nursalida said...

dulu waktu sekolah saya terbang takde pon mabuk..domestik agaknyer..now kalau international flight mesti mabuk gile babas...

Anonymous said...

please cover you aurah!