::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, August 31, 2010

salam merdeka

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Salam Kemerdekaan ke 53
Satu Malaysia Menjana Transformasi

entry ini saya tulis selepas menonton upacara sambutan kemerdekaan di bukit jalil melalui siaran TV1. amazing. teringat pula zaman saya belajar dahulu, kenangan-kenangan menyertai perbarisan sempena hari kemerdekaan. those days was so memorable. diberitakan bahawasanya seramai lebih 9 ribu peserta menjayakannya dan disaksikan secara langsung oleh lebih 15 ribu orang penonton dan ditonton secara langsung seluruh negara juga luar negara.



walaupun jauh dari tanahair, namun sambutan kemerdekaan yang sangat mengujakan itu menggembirakan saya. terima kasih sekali lagi kepada teknologi. sekalipun tanpa sebarang sambutan di sini, dengan media yang ada saya merasakan bibit-bibit kehangatan kemerdekaan itu. cukuplah setakat dapat berkongsi sama majlis yang diraikan sempena memperingati hari bersejarah itu mebuatkan saya berjiwa patriotik dan cintakan negara seketika.

tetapi apalah sangat erti kemerdekaan walau sebanyak mana jumlah tahun yang dikira, kalau diri tidak merdeka sepenuhnya. kalau minda masih ditakuk lama, kalau tindakan tidak mencerminkan kemerdekaan sepenuhnya. rakyat masih lagi dihujani dengan mainan politik yang tidak berkesudahan. isu agama dan isu perkauman menjadi buah mulut yang digembar-gemburkan. bagaimana mahu merdeka, kalau semuanya dibelenggu, dikawal dan diperkotak katikkan.


sana sini sibuk mengutuk dan mengkritik perbuatan tidak menghormati lagu negaraku, tidak menghormati bendera negara. tapi, bila ada yang membakar dan memijak bendera negara kita konsep tolak ansur menjadi reaksinya. bila ada yang membuat rakaman video mempermainkan lagu negara atau mengutuk tindakan sesebuah kementerian, mereka dikecam dan diancam dengan tindakan undang-undang. tapi bila ada yang merakam video tentang mempermainkan zikir, solat, dan mempersendakan agama, ianya seakan tidak menyinggung sensitiviti dan bukan kesalahan yang harus dipandang serius.

media pula terus-terusan menjadikan Islam semakin kasar. lari dari konsep asalnya sebagai sebuah agama yang baik, bersopan, dan berperibadi mulia. bila isu doa untuk yang bukan muslim di'panas'kan sebagai satu dosa, isu masuk masjid sebagai kesalahan yang besar. melambangkan betapa Islam sangat tidak mesra bukan muslim. tapi bukankah ajaran rasul SAW menekankan berbuat baik dengan yang bukan islam agar Islam dicerminkan oleh peribadi mulia penganutnya? nak nampak lebih kantoinya lagi, isu bukan islam tak pakai tudung pun menjadi sensasi. sedangkan, berlambak lagi muslim yang memang wajib menutup aurat mengabaikan tuntutan agama itu di biarkan berleluasa begitu sahaja.

fikir-fikirkanlah, merdekakah kita kalau semua yang dipaparkan media di'iya'kan sewenang-wenangnya. merdekakah kita bila segalanya dikawal oleh insan-insan berkepentingan dalam negara yang terselit propaganda tersendiri. ulama' yang sebenar disisihkan, agama murni yang dikatakan sebagai agama rasmi negara dipermainkan. inikah dikatakan merdeka, bila kita sebenarnya tidak mampu untuk mengubah apa-apa? mana nak datang transformasinya kalau semuanya diluar bidang kuasa kita?


ilalliqa' maasalamah

No comments: