::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, June 22, 2009

father's day

girl's first love
is her father

cinta pertama seorang wanita adalah cinta untuk ayahandanya. itu pendapat saya. kebenarannya ada pada saya, saya tidak pasti pada orang lain, tapi saya yakin ia juga berlaku pada orang (wanita) lain. lelaki pertama yang saya fall in love with ialah abah, sebelum mr.soulmate. the unconditional love. cinta yang datang tanpa paksa, cinta yang tulus, yang takkan padam selamanya.


terima kasih Allah, atas pemberian sebuah cinta pada seorang lelaki yang selalu membuat hidup saya resah tanpa restunya. saya akan pasti rasa bersalah jika keluar tanpa izin dia. saya akan pasti berdebar jika telah lama berada di luar rumah, tanpa pengetahuan dia. saya pasti akan takut nak balik rumah (dari asrama) bila sudah potong rambut, tanpa pengetahuan dia. saya pasti ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat bila tanpa pengetahuan dan persetujuan tanpa dia. saya pasti akan rasa bersalah bila saya telah buat apa yang dia tidak suka. rasa bersalah mencintai lelaki lain selain dia (di luar pengetahuannya suatu masa dulu), rasa bersalah pergi ke rumah kawan tanpa pengetahuan dia, rasa bersalah dapat keputusan yang tidak baik dalam peperiksaan dan banyak lagi rasa bersalah.

terima kasih Allah, atas pengurniaan seorang lelaki dalam hidup saya, yang membentuk saya menjadi manusia berguna. lelaki ini pada hemat saya sedikit garang, namun jauh di sudut hati kecil saya, saya tahu dia inginkan yang terbaik untuk semua. menjadi cepat panas baran bila yang hajat di hati tidak kesampaian. sudahnya, barannya tempias pada semua. impaknya, sesiapa sahaja pasti penuhi kehendaknya sedaya mungkin. jadi cepat juga melenting bila cakapnya tidak diendah, lalu mendatang musibah tidak baik. pernah suatu ketika, saya ingkar arahan dan padahnya saya terima. akhirnya saya mencari dia juga untuk penyelesaian masalah saya.

itulah abah saya, seorang lelaki yang tidak pernah gagal memberi tanpa pernah meminta untuk semua orang-orang tersayang di sekelilingnya. tempat rujukan semua sanak saudara, sahabat handai dan sangat pasti anak-anaknya. nak masuk sekolah mana tanya abah, nak ambik kos ape tanya abah, nak beli baju tanya abah, nak kasut tanya abah, semua abah. sakit perut telepon abah, sakit gigi talipon abah, sakit kaki telipon abah, senggugut pun talipon abah. abah yang tidak boleh pernah ingin sendirian. pantang anak semua hilang dari pandangan (melainkan dengan lasan kukuh eg, sekolah atau di asrama atau bersama suami) pasti akan dipaksa pulang ke rumah dengan segera. alasannya ada banyak kerja di rumah perlu diselesaikan. faktanya, tiada apa perlu diuruskan di rumah itu. (dia cuma ingin semua ada di sisi). comelkan, inginkan perhatian dengan cara paksaan. mulanya kami tidak faham, tapi sudah lama ini sudah arif benar.



itulah dia abah, yang tidak pernah lekang dengan nasihat dan peringatan. setiap butir yang keluar dari mulut abah adalah arahan dan perlu dilaksanakan. dulu kerana takut, kini kerana hormat. tanpa dia hidup tidak lengkap. tanpa dia segalanya tidak sempurna. tanpa dia sepi dan tiada gembira. butir buah bicaranya sentiasa lekat dan terpahat di hati. sehingga di rasakan ianya dadah untuk kehidupan demi melalui saat getir dalam hidup. masih terngiang2, kata-kata abah;

perempuan ibarat tepak sirih, hanya dikeluarkan pada waktu tertentu, bukan selalu. di simpan dalam almari perhiasan, bukan di luar untuk tayangan...

nasihat untuk saya tika memberontak tidak dapat keizinan keluar berpeleseran bersama kawan-kawan sejak terpisah selepas zaman sekolah rendah. tika itu, saya masih muda seawal umur 13 tahun.

orang lain di luar sana, semua sedih tidak dapat sambung belajar kerana tidak cukup sumber kewangan, tapi ruginya ada orang tolak tawaran belajar sedangkan ada kemampuan

lagi nasihat untuk saya kerana menolak tawaran abah menyuruh sambung belajar lagi dengan alasan sudah berumahtangga dan sudah bosan mahu belajar. terima kasih abah kerana menampung semua kos pembelajaran saya sejak kecil hingga dewasa walaupun telah berumahtangga.

dialah abah yang tidak pernah gagal memujuk anak yang kerinduan jauh. dialah abah yang paling memahami tanpa pernah gagal memenuhi hajat hati. dialah abah yang tidak pernah lokek kata-kata sayang untuk semua anaknya. dialah bapa yang pertama kali mengungkap kata I LOVE YOU untuk semua anaknya setiap kali menamatkan perbualan di telefon. hingga membuatkan anak-anaknya paling rindu dan tidak sabar pulang kepangkuannya dengan segera. dialah segalanya.

untuk abah saya, dan semua bapa selamat hari bapa. the wonderful father he is.MR. ALI AMRAN SENAWI. saya dan kami semua doakan abah keberkatan di bawah lindungan kasih sayang ilahi. melindunginya daripada rasa sakit yang ditanggungnya. penyakit yang dihidapi serta buah pinggang baru yang membantu hidupnya. terma kasih lagi Allah kerana pinjamkan dia.

izinkanlah dia bersama kami lebih lama kerana kami sayangkan dia lebih dari segalanya. i love you ABAH. saya tahu dan mengaku, jasa dan pengorbanan abah tidak dapat saya balas, saya cuma mampu berusaha jadi yang terbaik hanya untuk redho abah sebagai balasan. saya janji.




No comments: