::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, May 22, 2009

berehatan

What are the differences between a ringgit and a friend?
A ringgit is easy to earn, a friend is hard to find
A ringgit loses its value, a friend increases its worth
I don't have a ringgit but I have you!

sedang dalam mood hooray. kerehatan. berbaringan. stay at home, me alone (during office hour), cooking, baking, sleeping, weighting (sekalipun saya kurang makan tika seorangan di rumah, namun bak kata ibu "asyik tidurrr aje..mana tak gem**ks.." hummm. best ape tidooo nape tak bole? alllaaaaa....

disebabkan itu, demi mengisi masa lapang yang ada, saya penuhi sedikit masa di rumah dengan practicing beberapa skil antaranya;

.karipap saya.
karipap agak sinonim dengan keluarga saya. untuk rekod, arwah nenek saya dahulunya berniaga di kantin sekolah dan juga gerai kecil (tak silap saya, di pekeliling). antara menu utama jualan adalah nasi lemak dan karipap. setiap malam, nenek (termasuk atuk dan abah juga adik beradik yang lain) pasti akan menyiapkan paling lebih kurang 1000 biji karipap. dan pada saya, karipap nenek memang tiada tandingan. seingat saya, "spek" karipap nenek tidak pernah saya rasa di pasaran yang seumpama dengannya. paling ketara, kulitnya sedikit nipis (tidak terlalu) dan rangup. tetapi bagi kebanyakan orang, tidak suka kulit karipap "spek" nenek saya ini. paling pasti, ahli keluarga saya pasti sangat suka. nasi lemak nenek, saya belum cuba buat. heh. mungkin nanti.

saya ingat lagi, sejak kecil saya menyaksikan nenek dan atuk menyediakan karipap. juga saya masih ingat, jari saya mengalami pendarahan yang banyak gara-gara ingin mengupas kulit kentang secara sembunyi. pakai pisau lak tu. kalau gune "peeler" taklah cedera. juga, sejak kecil saya akan mencuba kelim tepi karipap menggunakan plastecine dan tunjukkan kepada nenek. dan nenek pasti akan geleng kepala, hmmm tak jadi lagi. hinggalah saya besar, suatu ketika bersama nenek kami membuat karipap untuk hidangan keluarga, saya mencuba kelim tepi karipap, dan nenek begitu impress! ya, saya berjaya.



jadi sekarang saya sedang practicing skill dalam pembikinan karipap ini berseorangan. mengikut pakar (*pastinya ahli keluarga saya), karipap saya sudah hampir mencapai tahap sirim (*hampir berjaya, tapi masih perlukan improvement) hehe. saya akan lebih berusaha. rugi rasanya kalau saya tidak dapat menurun skill ini. bak kata lawak adik beradik saya "kang nenek bangun marah baru tahu..." heh.


.choclate chip cookies saya.
ini pula untuk kudapan saya dan suami sambil menonton. mr.soulmate itu teramat suka makan cookies ini sambil berehatan di rumah. sambil mengisi masa lapang, saya usahakanlah.


setakat ini sahaja, saya rindu nenek. rindu kawan-kawan sekuliyah. rindu ingin bersama-sama. saya rindu nak jumpa 5 sekawan. rindu semua....


No comments: