::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, January 12, 2009

sweet on us

you can only appreciate what you have
when you authentically feel a need for it

hujung minggu yang lalu, saya punyai jadual siang yang agak ketat. saya perlu menghadiri kursus sepanjang siang, sedang mr.soulmate kesorangan di rumah. hajat hati berat meninggalkan beliau berehat kesorangan, tapi apa kan daya...

saya cuma ada malam untuk dimanfaatkan. masa yang ada bersama kami manfaatkan dengan bermain permainan tradisional yang sangat saya gemari sejak dari kecil. rumah kami tiada set karaoke, tiada astro jadi malam ini congkak menjadi pengerat kasih kami...permainan ini bagi saya amat mudah. sebuah papan lengkung yang mempunyai 16 lubang. 7 lubang kecil setiap sebelah, dan 2 lubang lubang besar di setiap hujung sebagai rumah. biji guli di isi 7 biji setiap lubang kecil. permainan dimulakan dengan mengatur setiap butir biji ke dalam lubang kecil dan di masukkan ke lubang besar (lubang rumah). siapa yang mengumpul biji guli paling banyak di dalam lubang rumah, di kira menang. untuk mr.soulmate yg jarang sekali main permainan ini, beliau sangat terhibur dan sampai ke pusingan berapa ntah, beliau berjaya menandingi saya..huh!lawan tokeh..~~
untuk rujukan lanjut, sila ke sini, sini dan sini


malam seterusnya, mr.soulmate minta saya jalankan facial treatment ke atas mukanya, yang agak lebih 2minggu telah tidak saya scrub dan mask kan...


doa saya, agar ikatan kasih ini subur dan mekar selalu hingga ke akhirnya..ameen!!

No comments: