Tuesday, November 18, 2008
life love
saya sibuk sikit.ada beberapa perkara nak uruskan.baru pulang dari kedah kenduri sahabat baik saya.saya akan menulis lagi kemudian dan upload gambar dia sekali.untuk kali ini saya nak bagitau entri sebelum ini dah ditamatkan kisahnya. saya tidak lagi tidak bermaya seperti hari itu. saya dah ok dan bertenaga semula;)
*******
updated on 4.00pm
walaupun pshysically saya telah lebih sihat dari sebelumnya, tapi emotionally it is not.ntah kenapa saya tiba-tiba merasakan kekosongan. saya yang punyai kawan2 baik dalam lingkungan di mana saya berada,kini sedang merasai sebuah kekosongan. kerana untuk waktu ini mereka tidak punya ada masa untuk berada bersama saya, mengisi rasa kekosongan saya. mereka juga punyai urusan dan tugasan mereka.cukuplah masa2 lalu yang telah mereka isi bersama saya. untuk kali ini saya harus memberi ruang untuk mereka pula. ahhh, saya ini mungkin juga agak sukar hidup dalam lingkungan kekosongan. kosong ini lebih terasa apabila my other part is missing. eh, apakah makna kekosongan ini? kerana dia yang jauh itu atau kerana mereka yang dekat ini pergi menjauh?
uhhhh saya tidak tertahankan perasaan ini...wahai perasaan, tenang dan sabarlah. wahai diri, anda telah besar kan...belajarlah hidup sendirian tanpa merasai kekosongan perasaan itu, boleh?
saya faham sangat diri saya ini, amat cepat merasa kekosongan dan kehilangan apabila orang2 yang di zon selamat saya seakan menjauh. kadangkala ia hanya perasaan saya sahaja,atau semata2 pemikiran negative saya yang mengawal emosi dan segalanya hingga membuatkan saya menjadi tidak tentu hala. emosi dalam dada ini juga sangat mudahnya terserlah diwajah...bantu saya, saya ingin berubah..buangkan perasan ini menjauh :( uhhhh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment