::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, September 27, 2010

tin dan peach

demi buah tin dan zaitun
(at-tin, 1)

sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan buah Tin dan Zaitun. pernah tengok buah Tin? hello kawan-kawan, bukan buah dalam tin ya, saya tanya buah Tin yang Allah sebutkan dalam surah At-tin itu. buah dalam tin memang ade berlambak kat pasaraya. okey, presenting buah Tin yang maha berkat.

tin (kehitamcoklatan) dan peach (keorenmerahan)

pertama kali saya jumpa dua jenis buah ini secara langsung depan mata. janganlah gelakkan saya tak pernah tengok buah peach dan tin ini. nak buat camna kan, kat negara saya buah peach tak ditanam secara meluas. hanya ditanam dalam tin sahaja. hohoh. buah Tin nih pun bukanlah buahan tempatan negara saya, sekali pun rupanya hitam si tampuk manggis, tapi ianya bukan buah manggis.

peach dan tin in action

terima kasihlah kepada jiran saya yang menyedekahkan dua jenis buah ini kepada kami. hilanglah sudah kejakunan kami terhadap dua jenis buah ini. seraya mendapat buah tangan dari jiran yang baik hati ini, saya tanpa segan silu bertanya, buah apa ini? kemudian dia menjelaskan inilah buah peach dan buah tin. hehe, malu seh...

half cut

selepas bedah siasat, barulah saya tahu buah peach ada biji, kulit luarnya sedikit berbulu halus. buah tin pula berserat, mempunyai unsur bijian sebagai isi dan rupanya seakan keratan rentas buah pinggang. ohoh.

hirisan menyelerakan

rasanya, sedaaap. hmm yummeh, peach rasa seakan macam mangga lemak, manis dan masam. tin sedikit masam dan tawar. tapi menurut jiran saya tin yang ini tidak berapa enak. barangkali kalau tin yang benar-benar sedap, saya percaya rasanya mungkin lebih manis.



antara fakta

buah tin
  • adalah buahan berkat yang menjadi sumpah di dalam Alquran
  • sejenis buah berakali yang khasiatnya menghilangkan asid dalam tubuh badan
  • boleh mengubati luka dengan cara melumuri isi buah ke atas luka
  • mempunyai unsur-unsur karbohidrat, protein, kalsium, fosfor, zat besi, magnesium, fosfat,asam malic dan nicotinic
  • dapat merangsang pembentukan hemoglobin darah (sesuai untuk penyakit anemia) dan kadar glukosa yang tinggi.

buah peach
  • memiliki kandungan Alpha Hidroy Acid (AHA) yang cukup tinggi.
  • boleh digunakan sebagai masker. Caranya, ambil satu biji buah peach, harcurkan isinya, dan campur dengan madu. Oleskan pada wajah/badan, biar selama 15 minit, dan bilas. dalam masa sebulan jika diamalkan kulit akan memancarkan sinarnya.
  • memiliki kadar anti oksidan yang tinggi.
  • menurut sebuah kajian yang dijalankan di China, memakan buah peach secara konsisten mampu menghalang pertumbuhan kanser payudara.
sekian,
ilalliqa' maasalamah

3 comments:

ila nursalida said...

armouris: thanks 4 the info link

Mila@Rimbun said...

buah tin fresh eks.. bestnyer... selalu beli yg kering n kecik2 kat c4 jer.... suka sgt makan buah tin niii

ila nursalida said...

k.mila: yer yang fresh nih..jakun sekejap..uhuhu